Free Essay

Kesan Pembinaan Empangan

In: Social Issues

Submitted By kartina93
Words 941
Pages 4
Seperti sedia maklum, Empangan Bakun dan Empangan Baram kedua-duanya terletak di Sarawak. Dengan adanya pembinaan kedua-dua empangan ini memberi kesan kepada ekonomi, alam sekitar dan masyarakat di Sarawak secara amnya. Antara kesan pembinaan kedua-dua empangan ini dalam aktiviti ekonomi ialah melalui sektor pelancongan. Sektor pelancongan akan dapat memastikan ekonomi negeri akan terus meningkat selain dapat meningkatkan ekonomi masyarakat setempat. Hal ini kerana masyarakat setempat boleh mempelbagaikan sumber ekonomi terutamanya dalam sektor pelancongan. Contohnya di Empangan Bakun, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg iaitu Menteri Pelancongan Negeri Sarawak ada menyatakan bahawa empangan berkenaan berpontensi menjadi tarikan utama pelancong asing memandangkan ia dikelilingi oleh landskap yang cukup menarik dengan pelbagai biodiversiti (Anggat, 2012).
Selain daripada sektor pelancongan, pelaburan melalui pembinaan empangan juga mampu untuk meningkatkan ekonomi. Hal ini kerana pelabur luar atau dalam akan melabur jika kawasan tersebut berpontensi untuk menjayakan projek mereka. Bekas Ketua Menteri Sarawak iaitu Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ada menyatakan bahawa “Empangan Hidro Elektrik Baram akan menjadi tumpuan utama kemasukan pelbagai projek pembangunan pada masa depan” (Negara, 2012). Di samping itu, aktiviti perladangan sawit juga telah dilaksanakan di kawasan Baram tersebut. Hal ini juga dapat memastikan ekonomi masyarakat setempat dapat ditingkatkan dan terjaga melalui penglibatan mereka dalam aktiviti tersebut sama ada menjadi pemilik ladang atau pekerja ladang di kawasan tersebut. Dengan ini, aktiviti perladangan sawit, kemasukan pelbagai projek dan sektor pelancongan mampu meningkatkan ekonomi masyarakat dan negeri Sarawak bahkan boleh meningkatkan ekonomi negara juga. Walaupun ekonomi akan meningkat melalui pembinaan empangan ini, ia juga memberi kesan buruk kepada ekonomi negeri. Ini kerana, pembinaan empangan ini akan melibatkan perbelanjaan yang besar. Selain daripada ekonomi, pembinaan Empangan Bakun dan Empangan Baram juga akan memberi kesan kepada alam sekitar samada kesan yang positif ataupun kesan negatif. Alam sekitar sangat penting untuk semua makhluk yang hidup di dunia ini. Dengan itu, kita harus menjaga alam sekitar daripada tercemar. Antara kesan pembinaan kedua-dua empangan ini kepada alam sekitar ialah kemusnahan hutan di tempat pembinaan dan kawasan sekitar empangan tersebut. Hal ini disebabkan pembinaan empangan memerlukan kawasan yang luas sekaligus hutan akan digondolkan atau dibersihkan secara maksimum. Untuk pembinaan Empangan Bakun, pihak pemaju telah memusnahkan seluas 70 000 hektar kawasan hutan dan pembersihan tersebut boleh dianggarkan sebesar negara Singapura. Dengan terjadinya pemusnahan hutan ini, ini sekaligus akan menyebabkan berlakunya kemusnahan flora dan fauna yang terdapat dikawasan tersebut. Selain itu, pembersihan hutan ini juga akan menyebabkan perpindahan haiwan ke kawasan baru. Hal ini disebabkan habitat mereka musnah melalui pemusnahan hutan untuk pembinaan empangan ini.
Selain daripada kemusnahan hutan, pencemaran air juga berlaku daripada pembinaan empangan ini. Pencemaran air ini akan menyebabkan berlakunya pelbagai masalah seperti kematian hidupan dalam laut dan air yang tidak dapat digunakan untuk kerja seharian. Sebagai contoh, pembinaan Empangan Bakun telah menyebabkan kejadian ikan mati di kawasan sungai berdekatan empangan tersebut. Selain itu, pencemaran air ini juga akan menyebabkan komposisi mineral air bertukar boleh membahayakan kesihatan manusia. Walaupun berlaku kemusnahan hutan akibat pembinaan tersebut, empangan hidroelektrik ini tidak mengeluarkan gas yang berbahaya kepada udara seperti karbon dioksida, nitrus dioksida dan sulfur dioksida. Sebuah organisasi iaitu Suruhanjaya Empangan Besar Antarbangsa (ICOLD) telah memberi pengiktirafan kepada sumber tenaga empangan ini. Jadi, udara di kawasan terdekat tidak diganggu gugat dek pembinaan empangan tersebut walaupun berlaku pengorbanan hutan. Masyarakat merupakan makhluk yang mempunyai otak dan boleh berfikir secara rasional. Dengan adanya pembinaan Empangan Bakun dan Empangan Baram ini, ia juga telah memberi kesan kepada masyarakat terutamnya masyarakat di kawasan berdekatan empangan tersebut. Terdapat banyak kesan pembinaan empangan tersebut kepada manusia seperti ancaman kepada masyarakat asli di situ. Rampasan tanah berlaku melalui pembinaan empangan ini terutamnya tanah kaum bumiputra dan akan menyebabkan kediaman masyarakat asli tersebut musnah sekaligus terpaksa berpindah ke tempat baru. Selain itu, mereka juga tidak diberi pampasan dan ganti rugi yang adil kepada masyarakta asli di kawasan tersebut. Hal ini akan menyebabkan mereka menghadapi masalah kewangan. Disamping itu, pembinaan empangan ini juga akan menyebabkan kebudayaan, tradisi dan cara hidup mereka terjejas. Selain itu, sumber pendapatan dan makanan seharian mereka juga akan turut terjejas kerana hutan telah dimusnahkan dan sungai-sungai berdekatan telah banyak tercemar. Contohnya, sumber pendapatan masyarakat asli di Sungai Balui telah terjejas. Penduduk di kawasan tersebut telah terancam kerana ikan di kawasan semakin sedikit dan semakin mengecildari saiz kebiasaan. Ini akan menyebabkan mereka akan kekurangan protein dalam badan mereka sekaligus membahayakan kesihatan mereka. Walaupun begitu, terdapat juga kesan positif kepada masyarakat melalui pembinan empangan ini. Antara kesan positifnya ialah ia akan memudahakan masyarakat berhubung dari satu tempat ke satu tempat lain. Memetik kata-kata Bekas Ketua Menteri Sarawak iaitu Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, “kalau dahulu kita tidak pernah membayangkan jalan raya dibina di kawasan Sungai Asap, Belaga yang terletak jauh di Hulu Rajang, tetapi apa yang kita lihat sekarang kawasan terbabit mengalami proses transformasi pesat yang memberi keuntungan kepada penduduk terutama dari segi sosioekonomi serta tahap kehidupan yang lebih baik (Post, 2013). Ini menunjukkan terdapat kesan baik dan buruk pembinaan empangan tersebut.

References
Anggat, A. (2012). Empangan Bakun Nadi Kemajuan. Utusan Online.
Harian, B. (2003). Projek Hidro Bakun Ada Banyak Kebaikan. Berita Harian.
Kini, M. (2013, November 6). Ancaman Pemusnahan Budaya Orang Asal. Retrieved from malaysiakini: m.malaysiakini.com/news/245872
Negara, B. P. (2012). Pedoman Rakyat Penggerak Minda Rakyat. Sarawak: Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak Dengan Kerjasama Pejabat Ketua Menteri.
Post, B. (2013, Jun 18). Pembinaan Empangan Hidroelektrik Beri Manfaat Besar, Kata Taib. Retrieved from Borneo Post Online: www.theborneopost.com/2013/06/18/pembinaan-empangan-hidroelektrik-beri-manfaat-besar-kata-taib/
Zuhairi. (n.d.). Kesan-Kesan Buruk Pembinaan Empangan. Retrieved from Official Portal of UKM: ww.ukm.my/zuhairi/pengajaran/internet_projects/stae213/kump3/kesan%20keburukan%20penbinaan%20empangan.htm…...

Similar Documents

Free Essay

Migrasi Di Malaysia

...bagi 1.8 juta pekerja asing dengan kebanyakannya datang dari Indonesia, Bangladesh dan Filipina. Walaubagaimanapun telah menjadi dasar kerajaan untuk member peluang pekerjaan kepada pekerja-pekerja tempatan dan mengambil segala usaha untuk mendapatkannya sebelum membenarkan pekerja asing diambil kerana pengambilan pekerja asing bukanlah faktor utama dalam meningkatkan produktiviti negara. Namun dalam ledakan kea rah pemulihan ekonomi Negara, keperluan pekerja asing tidak dapat dinafikan. Justeru itu, dasar semasa pengambilan pekerja asing disesuaikan dengan keperluan yang mendesak yang sukar diceburi oleh rakyat tempatan. Sektor yang dibenarkan untuk diceburi oleh pekerja-pekerja asing antaranya ialah sektor perkilangan, perladangan pembinaan, perkhidmatan (restoran, pencucian atau pembersihan, pengendalian kargo, rumah kebajikan, kedai dobi) dan sebagainya. SEJARAH MIGRASI DI MALAYSIA Migrasi telah lama berlaku di Malaysia dan british adalah satu watak penting dalam proses membawa orang luar untuk berhijrah atau bermigrasi secara besar-besaran. Ianya Berkait rapat dengan dasar British mengeksploitasi ekonomi Tanah Melayu untuk keuntungan yang cepat dan maksimum. Migrasi orang Cina dari Kwangtung & Fukien dibawa masuk melalui sistem kontrak buruh, tiket kredit, secara berkumpulan dan persendirian.Mereka bertumpu di sekitar Pulau Pinang hingga ke Singapura (negeri pantai barat). Dari tahun1895 hingga1927, lebih daripada 6 juta org Cina berhijrah ke Tanah Melayu.......

Words: 3045 - Pages: 13

Free Essay

Lecturer Career

...sungai, bahan-bahan muatan akan termendap & membentuk delta PERGERAKAN BUMI DLM SISTEM SURIA & PENGARUH TERHDP CUACA & IKLIM Putaran Bumi Peredaran bumi FAKTOR YG MEMPENGARUHI CUACA / IKLIM MALAYSIA Kedudukan Angin Monsun Garis Lintang Timur Laut Khatulistiwa Barat Daya Ketinggian Kepulauan Setiap kenaikan 165 Pengaruh o kesederhanaan laut meter suhu turun 1 C  Siang malam (24 jam sehari)  Pembiasan angin & arus laut  Pasang surut air laut  Empat musim  Siang malam tak sama panjang  Setahun 365 ¼ hari 2 NOTA GEOGRAFI T1, 2 & 3 KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR Pembalakan Pertanian  Hakisan tanah  Sungai tercemar  Pencemaran sungai  Keasidan tanih bertambah  Banjir  Kesuburan tanih berkurangan  Kehilangan flora dan fauna  Pencemaran udara  Suhu meningkat Langkah atasi  Penghutan semula  penggunaan baja organik  Hutan simpan / tanah negara  Kaedah biologi  Ladang hutan Pembinaan Jalanraya  Hakisan tanah  Gelongsoran tanah  Tanah runtuh      Melandaikan cerun Buat tarahan Tanam ruput dicerun Longkang konkrit Dinding penahan CIRI-CIRI IKLIM KHATULISTIWA Suhu Hujan o Jumlah hujan tahunan 2600mm Setara sepanjang tahun (27 C) o Sepanjang tahun Julat suhu tahunan 1 C o Hujan perolakan – akibat 3 C(kecil) pemanasan perkukuhan bumi masa Julat suhu harian 7 o C (besar) peralihan monsun Hujan relief(bukit) – waktu angin monsun bertiup menaiki cerun bukit Angin Monsun Barat Daya (Mei – Sept) Monsun Timur Laut (Nov......

Words: 2422 - Pages: 10

Free Essay

Ehtic Murum Dam

...KES Kumpulan hak asasi manusia risau terhadap nasib membantah Penan di tapak Empangan Murum. (Human rights groups fret over fate of protesting Penans at Murum Dam site) by stephen then, The Star Online MIRI: Aktivis hak kemanusiaan menyatakan kerisaun mereka terhadap nasib yang menimpa 200 orang Penan yang sedang kehabisan sumber bekalan makanan dan minuman yang ketika ini sedang mengadakan demonstrasi tentang pembinaan Empangan Murum di dalam kawasan tengah Sarawak.Polis telah mengadakan sekatan jalan berhampiran jalan untuk ke Empangan Mudum di mana tempat mereka melakukandemonstrasi. Wakil daripada Institut Sumber Borneo (Borneo Resources Institute (Brimas)) dan Pertubuhan Hak Orang Pribumi Sarawak (Society for Rights of Indigenous People of Sarawak (SCRIPS) telah berada di Murum untuk beberapa hari yang lepas dengan tujuan untuk melawat kumpulan orang Penan tetapi mendapati mereka tidak berjaya menembusi sekatan jalan yang didadakan oleh pihak berkuasa. BRIMAS menyatakan koordinaternya Raymond Abin dan setiausaha SCRIPS, Michael Jok telah pergi ke tempat berkenaan berasingan dan memberitahu The Star Online bahawa mereka telah dihalang daripada melepasi sekatan polis. Abin menyatakan dia telah berjaya mengambil gambar sekatan polis dan menambah: “Saya cuba untuk melepasi sekatan itu, tetapi pihak polis mengarahkannya untuk berundur kerana tiada sesiapa dibenarkan masuk kecuali dengan kebenaran khas untuk hal-hal rasmi.” “Saya juga dengar bahawa pendemonstrasi......

Words: 1250 - Pages: 5

Free Essay

Pengurusan Projek - the Tunnel

...Gambarjah A1. Gambarajah A2 1.2 Bagi menghuraikan proses kitaran projek ini, kita akan merujuk kepada Gambarah A2 yang mewakili fasa-fasa sedia ada yang dipraktikkan oleh pelbagai Kementerian dalam melaksanakan projek pembangunan. PERANCANGAN Komponen perancangan mengandungi tiga (3) fasa yang terdiri daripada perkara berikut: (i) Fasa 1 - Mengenal pasti dan menyediakan projek berdasarkan outcome program. (menyediakan LFA dan Logic Framework Matrix) (ii) Fasa 2 - Melaksanakan kajian pra-feasibiliti terhadap semua elemen yang bakal memberi kesan kepada projek. (iii) Fasa 3 - Membuat penilaian, pemilihan seterusnya mendapatkan kelulusan dari stakeholders. PELAKSANAAN Komponen pelaksanaan terdiri daripada: (i) Fasa 4 - Pra-Pelaksanaan Projek bagi menyediakan keperluan sebelum projek dilaksanakan. (ii) Fasa 5 - Sebahagian fasa 5 iaitu aktiviti pelaksanaan sebenar projek yang melibatkan pembinaan fizikal di tapak. PEMANTAUAN Komponen seterusnya adalah peringkat pemantauan yang diwakili oleh fasa 5 melalui aktiviti pemantauan. Pemantauan perlu dijalankan oleh agensi pelaksana contohnya Jabatan Kerja Raya (JKR) serta agensi pemilik projek tersebut. Pemantauan boleh dibuat melalui lawatan ke tapak, menghadiri mesyuarat tapak serta mesyuarat teknikal yang diadakan. Pihak JKR juga menggunakan sistem untuk memantau status pelaksanaan projek di seluruh Malaysia melalui sistem SKALA. Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) juga telah membangunkan......

Words: 1500 - Pages: 6

Free Essay

Work

...setiap kali anda menyalakan api di luar, anda membuat pembakaran terbuka. Pembakaran salah satu penyebab utama kepada berlakunya pencemaran udara. Pembakaran terbuka kebanyakannya dikesan berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan.  Keadaan pencemaran menjadi lebih serius pada musim panas yang berpanjangan kerana ia turut menyumbang kepada masalah jerebu yang menjejaskan kesihatan awam dan mengurangkan jarak penglihatan. Masalah jerebu yang melanda Malaysia pada 1997 menyebabkan hampir seluruh negara seolah-olah diselubungi `asap'. Keadaan jerebu yang berlaku ketika itu amatlah membimbangkan sehingga menyebabkan indeks pencemaran udara (IPU) meningkat sehingga ke paras yang sangat bahaya. Pembakaran terbuka menyebabkan aktiviti harian terganggu dan memberikan kesan buruk kepada kesihatan seperti lelah, bronchitis, alahan, radang paru-paru, sakit mata dan kulit) terutamanya kepada bayi, kanak-kanak, orang tua dan pesakit lelah. Pembakaran terbuka juga menyebabkan jerebu berlaku dan tahap penglihatan yang berkurang. Kesan yang paling ketara yang sedang dibincangkan oleh masyarakat ialah kesan pemanasan global dan penipisan lapisan ozon yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi ini disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon yang terlalu banyak menyebabkan haba di bimu terperangkap dan akhirnya......

Words: 1924 - Pages: 8

Free Essay

Everland

...Alam Sekitar Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Dewasa ini,era permodenan menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosio ekonomi dijalankan begitu pesat untuk meningkatkan taraf pembangunan negara, namun kita alpa tentang kesan terhadap alam sekitar yang boleh membahayakan diri manusia.Pencemaran alam sekitar telah menjadi satu kemelut yang tidak dapat dielakkan oleh negara kita sehingga mencalarkan nama negara.Negara kita sebenarnya terhimpit telah terhimpit antara meningkatkan pembangunan negara setaraf negara maju dengan kebajikan terhadap alam sekitar yang perlu di pelihara untuk masyarakat.Bak kata pepatah”di telan mati emak di luah mati bapa”.                Antara punca-punca yang boleh kita huraikan sebagai penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi.Pencemaran ini terjadi tanpa diduga oleh masyarakat.Ini kerana pencemaran ini berpunca daripada kejadian seperti gunung berapi,ribut taufan,gempa bumi dan sebagainya.Pencemaran ini boleh mendatangkan kesan yang negatif terhadap masyarakat setempat.Sebagai contah apabila berlakunya letusan gunung berapi,secara tidak sengaja iklim cuaca juga akan turut berubah menjadi jerebu seterusnya akan menyebabkan penduduk setempat mudah terkena penyakit seperti asma,batuk,paru-paru,penglihatan yang tidak jelas dan sebagainya.Oleh itu,semua pihak......

Words: 1199 - Pages: 5

Free Essay

Geografi

...Metamorfosis serantau – terbentuk apabila batuan terdedah kepada haba dan tekanan tinggi ii. Metamorfosis sentuhan – terbentuk apabila batuan tersentuh dengan magma yang panas. 2. Contoh Batuan a. Batuan igneus - granit, gabro, basalt, obsidian dan pumis b. Batuan enapan - konglomerat , Batu pasir , syal,batu garam , batu gypsum, batu kapur, batu arang c. Batuan metamorphosis - syis, gneiss , marmar , kuarzit , grafit , berlian 3. Kepentingan Batuan Kepada Manusia * Bahan mentah membuat simen * Bahan mentah industri pembinaan * Bahan mentah industri pembuatan * Kawasan pertanian * Sumber tenaga bahan api * Bahan mentah industri tembikar * Pelancongan –pandang darat kars * Bahan mentah membuat kaca - Barang perhiasan wanita 4. Perbandingan dan Perbezaan Pergerakan Plat Secara Pertembungan dan Pencapahan Proses Pergerakan | Bentuk muka bumi | Kesan | Contoh | PertembunganDaya mampatan * Plat lautan dengan lautan | * Jurang lautan * arka pulau | * Gempa bumi * plat lautan musnah | * Filipina * Pulau-pulau Aleutian | * Plat lautan dengan benua | * Jurang lautan * Banjaran gunung lipat | * Gempa bumi * Plat lautan musnah * Lipatan * gelinciran | * Banjaran gunung lipatSpt Banjaran Andes | * Plat benua dengan benua | * Banjaran gunung lipat | * Gempa bumi * Lipatan * Gelinciran * Daratan terangkat | * Banjaran Himalaya *...

Words: 7540 - Pages: 31

Free Essay

Business

...kerap kali berlaku. * Syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan di peringkat antarabangsa harus sedar bahawa rasuah adalah isu etika dan amalan yang kian berleluasa di beberapa negara dan salah disisi undang-undang. * Syarikat-syarikat besar selalunya membayar rasuah untuk memenangi atau mengekalkan perniagaan. Kalau di Malaysia,Rasuah atau permintaan ganjaran sering dikaitkan dengan projek-projek besar pembinaan. * Kes rasuah mempunyai banyak impak negatif terutamanya dalam soal ekonomi sesebuah negara. Hal ini kerana apabila sesuatu negara itu terlibat dalam kes rasuah maka secara tidak langsung mampu mengurangkan bilangan pelabur-pelabur luar Negara. * Selain itu juga kes rasuah menyebabkan kestabilan sosial tidak dapat dikekalkan. Golongan yang kaya akan menjadi lebih kaya manakala yang miskin akan menjadi lebih miskin. Tambahan pula dengan amalan rasuah ini menyebabkan keuntungan ekonomi tidak dapat dibahagikan sama rata. Projek-projek yang melibatkan keuntungan besar hanya diberikan kepada golongan tertentu sahaja. Ternyata hal ini memberi kesan yang mendalam jika tidak diberi penekanan yang serius terhadapnya. * Amerika Syarikat Akta Amalan Rasuah Asing (FCPA) melarang syarikat-syarikat AS daripada menawarkan atau memberikan pembayaran kepada pegawai kerajaan asing untuk tujuan mendapatkan atau mengekalkan perniagaan di luar negara. FCPA telah digubal selepas siasatan Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti pada pertengahan tahun 1970-an mendedahkan......

Words: 342 - Pages: 2

Free Essay

Keusahawanan- Tan Sri Lim Goh Tong

...merupakan usahawan Malaysia yang berjaya dalam bidang pelancongan dan pehotelan. Beliau merupakan pengasas Genting Highland. Penubuhan Genting Highland telah menaikkan nama Tan Sri Lim Goh Tong ke seluruh negara dan menjadikannya sebagai orang terkaya di Asia Tenggara pada tahun 2007 dengan asetnya yang bernilai RM 421.8 billion. Beliau dilahirkan di Fujian, China pada tahun 1918. Pada tahun 1937, beliau telah berhijrah ke Tanah Melayu mengikuti jejak langkah sepupunya, Lim Kheng Chong. Beliau telah bekerja dengan bapa saudaranya sebagai tukang kayu selama 2 tahun dan berkembang sehinggalah berjaya menubuhkan syarikat pembinaan “Kien Huat”. Dengan bantuan dan bimbingan daripada bapa saudaranya, beliau bermula melaksanakan beberapa projek dan telah diiktirafkan sebagai salah satu syarikat pembinaan terkemuka selepas penyelesaian beberapa projek utama. Antaranya ialah Empangan Ayer Itam yang terletak di Pulau Pinang dan Projek Pengairan Kemubu. Beliau telah mencetuskan idea untuk membina Genting Highland apabila beliau makan malam di Cameron Highland. Pada zaman itu, taraf hidup semakin meningkat di Malaysia, semakin ramai orang mampu membayar untuk bersantai di resort gunung. Beliau menganggap membina sebuah resort gunung akan mempunyai potensi perniagaan yang besar. Pada tahun 1964, beliau telah mendapat hak membangunkan Genting Highland di bawah pemerintahan Tunku Abdul Rahman, bekas Perdana Menteri. Beliau telah menghadapi halangan semasa projek Genting dijalankan. Pada......

Words: 830 - Pages: 4

Free Essay

Zoo Kesan Lol

...KESAN-KESAN TRAGEDI 9/11 Kesan Ekonomi Terlalu banyak impak yang berlaku pada ekonomi Amerika Syarikat serta di ekonomi dunia ekoran tragedi 9/11 yang telah meragut ribuan nyawa 14 tahun yang lepas. Antara kesannya adalah banyak perusahaan kecil di sekitar Pusat Dagangan Dunia terjejas dan terpaksa memberhentikan operasi atau berpindah ke lokasi lain. Selain itu, hampir 3,000,000 m2 ruang pejabat di Lower Manhattan yang rosak. Perjalan di ruang udara juga mengalami kemerosotan sehingga syarikat penerbangan terpasksa mengurangkan kos muatan barangan sehingga 20%. Di samping itu, SCATANA turut terpaksa untuk menghentikan dan menutup ruang udara, mengakibatkan semua pesawat awam bukan kecemasan untuk mendarat serta-merta. Ini secara tidak langsung mengakibatkan ribuan penumpang terkandas di seluruh dunia. Selain itu, Bursa Saham New York, Bursa Saham Amerika Syarikat dan NASDAQ telah ditutup dari hari tragedi sehingga 17 September. Apabila pasaran saham tersebut dibuka semula, Indeks Perindustrian Dow Jones (DJIA) menjunam 7.1%, menjadikan penurunan dalam masa sehari yang terbesar ketika itu. Pada akhir minggu tersebut pula, DJIA telah menurun sebanyak 14.3%, iaitu penurunan dalam masa seminggu yang terbesar di dalam sejarah. Kesan Sosial Lebih daripada 3000 nyawa telah terkorban termasuk rakyat biasa, polis dan anggota bomba. Impak daripada runtuhan yang dianggarkan ribuan tan tersebut mempunyai toksik tersebut mengakibatkan masalah kesihatan kepada pasukan......

Words: 530 - Pages: 3

Free Essay

Abcd

...mungkin boleh menyebabkan ketegangan di kalangan masyarakat. Hal ini bermaksud konflik agama banyak membawa kesan negatif. Kesan buruk boleh dikategori sebagai kesan social, kesan ekonomi dan kesan kepada imej negara (Kahmad,2002). Kesan konflik agama dari segi social ialah konflik agama akan mewujudkan salah faham dan pandangan buruk terhadap penganut-penganut lain. Hal ini akan mewujudkan pandangan serong dan rasa tidak puas hati dalam jangka pendek. Dalam jangka panjang pula, perasaan ini akan terus menjadi teruk dan lebih mendalam dan mungkin akan mencetus rusuhan agama yang membawa keancaman kepada struktur sosial di Malaysia dan rakyat tidak akan dapat dalam keadaan yang harmoni (Kahmad, 2002). Kesan konflik agama dari segi ekonomi ialah ekoran daripada keruntuhan struktur sosial mungkin akan menyebabkan aktiviti ekonomi tidak dapat berjalan dengan lancar dan mungkin akan berhenti dengan serta-merta. Apabila konflik agama berlaku, ekonomi akan mengalami kerugian kerana kerajaan terpaksa membelajakan banyak duit dalam menggembalikan keamanan negara. Pada masa yang sama, pelabur-pelabur juga akan menghentikan pelaburan di negara yang sedang mengalami konflik kerana risau mangalami kerugian disebabkan ketidakstabilan politik dan keselamatan. Hal ini akan mengurangkan pendapatan negara kerana ekonomi telah terjejas. Tambahan pula, konflik agama juga akan membawa kesan yang buruk terhadap imej negara. Kerusuhan agama akan mencemarkan nama baik negara dan hal ini akan......

Words: 1010 - Pages: 5

Free Essay

The Curse

...Praktis Formatif: Kertas 3 Cadangan Peraturan Pemarkahan 1. Pengenalan/latar belakang pembinaan negara dan bangsa. Konsep kerajaan dan negeri dalam masyarakat Melayu tradisional. …Sistem politik masyarakat Melayu tradisional adalah berbeza daripada sistem politik negara moden. …Dalam masyarakat Melayu tradisional muncul kerajaan yang membawa kepada kewujudan raja. …Kedudukan raja adalah begitu tinggi dan istimewa dalam sesebuah kerajaan. …Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan jaminan keselamatan kepada rakyat yang mendiami kawasan kekuasaannya. …Rakyat yang mendiami wilayah yang diperintah raja pula akan menerima dan mengakui kekuasaan raja. …Kesetiaan rakyat terhadap rajanya menentukan sempadan kerajaan atau wilayah yang diperintah oleh raja tersebut. …Kerajaan yang kuat akan menakluk atau menaungi kerajaan lain yang lemah untuk mengembangkan empayarnya. …Kesultanan Melayu Melaka mempunyai banyak negeri taklukan dan naungan. …Dalam masyarakat Melayu tradisional,negeri bererti kawasan seperti Larut,negeri Bernam,dan negeri Krian. …Dalam perjanjian antara sesebuah kerajaan Melayu dengan kuasa asing,keseluruhan kerajaan merujuk kepada negeri dengan segala jajahan takluknya. Konsep Kerajaan dan negeri pada zaman penjajahan …Penjajahan kuasa barat telah mengubah konsep kerajaan dan negeri dalam masyarakat Melayu Tradisional. …Setelah British campurtangan di Semenanjung Tanah Melayu,British mulai merujuk setiap kerajaan Melayu sebagai negeri. …British......

Words: 1776 - Pages: 8

Free Essay

Kelas Pembinaan

...KP Sesi 1 – Visi, pelayanan, dan kepemimpinan PMK ga hanya bentuk kegiatan mahasiswa; kalo cuma kegiatan mahasiswa mah PO ga ada apa2nya, mending yang skala lebih gede Kis. 1:8 Krisis kepemimpinan itu karena kurangnya kepemimpinan yang ga memiliki visi dan ga berlandaskan Alkitab perlu pemimpin yang memiliki visi Visi Amsal 29:18 – melihat tapi ga memiliki visi bahaya | kalo PMK ga punya visi ga punya arah, malah jdnya cuma pengulangan2 kegiatan yang ga ada maknanya | kalo CP gapunya visi, mana bisa ngarahin jemaat Visi memberikan gairah – Kis. 26:19 – Paulus sedang disidang di depan Raja Agripa Kis 4:8-9, 17 Nehemia menangkap visi dari Tuhan Kis. 16:4-12 Setiap kita melakukan sesuatu, kiranya kita mengerjakan ini karena memang Allah menghendakinya, biar itu memang visi dari Allah buat kita Kita sedang menjalankan persekutuan yang sudah ada, tinggal diteruskan Visi adalah rencana Allah yang Allah taro di hati manusia | mengerti apa yang sedang Allah nyatakan Setelah visi itu dinyatakan, Allah juga yang mengerjakannya Visi dimulai dari hati Allah Visi diterima oleh mereka yang bergaul akrab dengan Allah Pelayanan ini ialah miliki Allah, kalo mau melakukannya, kita perlu bergaul karib dengan Allah supaya tau apa yang Allah rindukan, apa yang Allah kehendaki Visi itu bukan tradisi yang main turun-temurun aja, harus ada meaning atas segala sesuatunya Team work yang solid dan menghidupi visi, visi menular melalui kehidupan Visi diwujudnyatakan dalam tindakan – disebut misi,......

Words: 468 - Pages: 2

Free Essay

Kesan Peristiwa 513

...Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedy berdarah yang melibatkan kaum Melayu dan Cina. Ia juga merupakan rusuhan kaum yang membawa kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Peristiwa 13 Mei 1969 dikaitkan dengan “ Pilihan Raya Umun 1969”.Peristiwan 13 Mei 1969 telah membawa banyak kesan kepada masyarakat dan Negara terutamanya terhadap politik,ekonomi dan social masyarakat Malaysia. Kesan Peristiwa 13 Mei 1969 telah membawa kesan terhadap politik masyarakat Malaysia. Politik zaman Inggeris telah menyebabkan hak kekuasaan raja serta Sultan Melayu dihadkan dan hanya menjadi lambing kepada sesebuah negeri/Negara. Ini telah membawa perubahan yang drastic dalam sistem pemerintahan masyarakat Melayu yang asalnya sangat taat terhadap pemerintah raja dan sultan. Penjajah Ingerris telah menerapkan sistem residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan diikuti dengan sistem penasihat British di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Sistem yang berbeza antara Negari telah menyebabkan tiada kesatuan antara masyarakat Malaysia dan tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Selain itu, kesan terhadap penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah membawa perubahan dalam sistem ekonomi tradisional yang sekian lama diamalkan di Tanah Melayu. Sistem yang berasaskan sara diri, penanaman padi, penangkapan ikan, dan penternakan lading telah mengalami perubahan kerana dasar ekonomi kolonialismenya dari penjajah Inggeris yang bermatlamatkan keuntungan semata-mata. Hal ini telah menyebabkan konflik......

Words: 343 - Pages: 2

Free Essay

Orang Ukit

...Sejarah Sg.Asap, Belaga, Sarawak. Tidak ada cerita menarik di sebalik wujudnya nama Sungai Asap. Namun, Penghulu Nyarie Lejap memberitahu, penduduk yang tinggal di 16 buah rumah panjang di penempatan ini berasal dari Ulu Sungai Balui. Disebabkan kawasan mereka termasuk dalam projek pembangunan, maka mereka terpaksa meninggalkan kampung halaman dan memulakan kehidupan baru di sini. Rumah Panjang Sungai Asap mula dibangunkan setelah penduduk peribumi dipindahkan dari penempatan asal ke kawasan baru itu. Projek Penempatan Semula bukanlah suatu perkara yang baru, malah ia berlaku di mana-mana sahaja. Namun, ia dibuat atas sebab-sebab tertentu. Misalnya projek Pembinaan Empangan Hidro Elektrik Bakun. Walaupun tujuan asalnya untuk kebaikan, namun ia tetap menimbulkan pelbagai masalah kepada penghuninya kerana mereka terpaksa meninggalkan kawasan yang telah lama diduduki oleh nenek moyang masing-masing. Pada masa yang sama, penduduk terpaksa mengubah gaya hidup kerana sebelum ini, mereka mudah memperoleh sumber makanan dengan memburu, bercucuk tanam dan menjala ikan. Semua aktiviti yang sebelum ini mereka lakukan, tidak melibatkan sebarang kos. Proses pemindahan ke penempatan baru melibatkan tiga fasa melalui operasi yang dinamakan “Exodus”. Fasa pertama pada 15 sehingga 28 September 1998, melibatkan 644 buah keluarga. Mereka mendiami enam buah rumah panjang manakala fasa kedua pada 2 Mac sehingga 20 April 1999 melibatkan 580 buah keluarga yang mendiami empat rumah panjang. ......

Words: 1808 - Pages: 8